Tekanan
Emosi Dalam Kalangan Guru
Artikel
keratan akhbar tersebut merupakan sebuah laporan media yang boleh dikaitkan
dengan kes stres di kalangan guru. Tajuk laporan tersebut adalah “Ramai Guru
Sakit Jiwa”. Artikel ini telah diterbitkan oleh media akhbar Kosmo pada 10 Ogos
2014 dan disunting oleh wartawan Siti Nor Afzan Kasiman. Kisah ini adalah sebuah kupasan realiti yang berlaku
pada seorang guru pada hari ini. Kini, para guru di seluruh Malaysia sedang
bergelut dengan cabaran yang sangat hebat iaitu tekanan mental dan gejala stres
di sekolah.
Menurut Pakar Perunding
Kanan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Nor Zuraida
Zainal, setiap tahun dianggarkan 22,000 pesakit mendapatkan rawatan di klinik
dan wad psikiatri hospital berkenaan. Kira-kira 10 peratus daripada mereka
terdiri daripada golongan guru.
Punca utama para guru
tersebut dimasukkan ke hospital tersebut adalah kerana mereka tidak mampu
menangani stres ataupun tekanan mental di dalam diri. Oleh yang demikian,
mereka memerlukan bantuan rawatan sebelum terjerumus kepada simptom gila. Menurut laporan kosmo yang disiarkan pada tahun 2009 didapati guru-guru
terdedah kepada risiko penyakit mental yang serius seperti bipolar, kebimbangan
melampau dan kemurungan.
Kajian
oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) pula mendapati 70
peratus daripada 9,000 guru di seluruh negara sangat tertekan ekoran daripada
cabaran kerjaya yang diceburi mereka.
Menurut
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), stres merupakan satu penyakit yang sering
dikaitkan dengan kesihatan mental dan kerap menyerang masyarakat pada hari ini (
Azizi, Jamaludin dan Mazeni, 2010 ).
Stres
juga boleh didefinisikan sebagai satu keadaan emosi yang kompleks dan
satu reaksi fisiologi dan psikologi yang berlaku pada
seseorang apabila ia bertindak balas kepada faktor-faktor
luaran di persekitaran seperti keadaan tempat kerja, sikap rakan,
hubungan dengan subordinat dan tekanan kerja.
Manakala
stres dalam kalangan guru didefinisikan sebagai perasaan tidak selesa, emosi
negatif, tekanan serta kekecewaan yang berpunca daripada aspek kerja mereka. (Kyriacau
& Sutcliffe, 1978). Kebanyakkan guru pada masa kini terpaksa melakukan
kerja-kerja perkeranian, menyedia alat bantu mengajar, menghadiri kursus
sepanjang minggu dan terpaksa melakukan penyesuaian terhadap tugasan dan ini
sedikit sebanyak telah menganggu emosi dan minda mereka. Kyricaou (1987)
kemudiannya mentakrifkan tekanan guru sebagai pengalaman yang dialami oleh guru
berhubung dengan emosi yang tidak menyenangkan seperti ketegangan, kekecewaan,
kebimbangan, kemarahan dan dukacita yang disebabkan oleh aspek-aspek pekerjaan
sebagai seorang guru.
Seterusnya
ia memberi kesan terhadap aspek tugas perguruan yang merangkumi kesungguhan
menjalankan tugas, keyakinan diri dan yang paling membimbangkan adalah kerasionalan
tindakan. Stres merupakan kunci utama kepada permasalahan tekanan mental.
Kerjaya guru hari ini pula merupakan bidang yang sangat mencabar dan mengalakan
suasana stres. Ianya telah dikaji, diperakui dan didedahkan pada media kosmo.
Didapati kerjaya guru menduduki tangga yang keempat yang paling stres di
Malaysia sepertimana yang ditunjukkan di rajah satu.
Rajah 1
Punca-Punca Stres Di kalangan
Guru.
Setiap perkara yang berlaku pasti ada penyebab yang
mencetusknnya termasuklah masalah stres guru ini. Setelah saya meneliti, saya
melihat pelbagai isu atau aspek dalaman mahupun luaran yang boleh menjadi
penyebab kepada stres guru. Banyak juga kajian yang telah dijalankan oleh
pengkaji di seluruh dunia untuk menyiasat punca utama berlakunya masalah ini.
Berdasarkan beberapa kajian yang telah dijalankan dan rujukan ilmiah daripada
pelbagai sumber, di sini saya menyenaraikan 5 punca utama berlakunya stres dikalangan
guru di sekolah. Ianya adalah seperti yang berikut:
1. Dasar perlaksanaan pendidikan kerajaan yang meningkatkan
beban kerja guru.
2. Ibu bapa yang tidak menyokong dan memahami guru.
3. Faktor salah laku pelajar.
4. Masalah Interpersonal di sekolah.
5. Kekangan masa.dan kekurangan sumber kemudahan asas.
Kelima-lima punca yang disenaraikan ini merupakan faktor
utama kepada gejala stres guru di sekolah. Saya akan merungkai satu persatu
punca tersebut berdasarkan fakta dan sokongan beberapa kajian yang telah
dijalankan.
Punca 1: Dasar
perlaksanaan pendidikan yang meningkatkan beban kerja guru.
Gold
dan Roth (1993) berpendapat salah satu punca yang menyebabkan guru mengalami
tekanan adalah disebabkan oleh perubahan dalam sesuatu dasar. Falsafah
Pendidikan Malaysia semakin hari semakin bermutu dengan perangkuman pelbagai
kriteria dan tuntutan yang perlu diterapkan dalam objektif pendidikan.
Perubahan semasa di kalangan arus modenisasi dan globalisasi menjadikan
keperluan bidang pendidikan perlu dipertingkat dan dipertambahkan cakupannya
kepada pengkayaan multi-bidang. Berdasarkan permintaan yang tinggi tersebut, guru
terpaksa membayar harganya yang wujud dalam bentuk bebanan terhadap pelaksanaan
dan menghadapi permasalahan sampingannya.
Kini
profesion perguruan mengalami perubahan yang pesat dalam sistem pendidikan.
Pelbagai dasar dan sistem pendidikan digubal atau diubahsuai sejajar dengan
ledakan pengetahuan dan perkembangan dalam bidang sains dan teknologi. Ini
menyebabkan bidang tugas seorang guru semakin bertambah dan membebankan.
Kehadiran
sistem terbaru seperti Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Sistem
Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) merupakan cabaran utama guru
pada hari ini. Dasar tersebut merupakan sebuah sistem pendidikan yang baik dari
segi perancangan namun sangat bermasalah dari segi perlaksanaannya. Para guru
yang merupakan agen pelaksana merasa amat tertekan dengan kehendak sistem
tersebut ekoran bebanan kerja yang kian bertambah dari masa kesemasa. Ianya
telah diperakui dan dihebahkan di sidang media akhbar Sinar Harian pada 5
Disember 2013, Kosmo pada 9 Februari 2014, Harian Metro pada 29 April 2011, Berita Harian pada 2
April 2010 dan banyak lagi. (Rujuk Lampiran 1)
Tujuan
dasar pendidikan baru ini adalah amat positif namun ianya kurang meneliti
kebajikan para guru. Guru memerlukan masa untuk melakukan anjakan paradigma
yang dikehendaki namun ruang tersebut tidak diperolehi. Kesannya, ramai guru
tidak dapat mencapai objektif dasar dan hanya terjerumus kepada isu stress dan
tekanan hidup. Sama ada rela atau tidak,
mereka dituntut untuk menyesuaikan diri dengan sebarang bentuk perubahan serta
pembaharuan dalam bidang pendidikan yang berlaku dari semasa ke semasa.
Adakalanya,
tugas guru bukan sekadar pengurus di sekolah sahaja, malah mereka juga
menjalankan tugas di peringkat daerah dan negeri. Jelaslah kepada kita bahawa
guru mempunyai tugas harian, mingguan dan tahunan yang penuh mencabar dan
profesion perguruan ini sebenarnya sukar, meletihkan dan membosankan (Faridah
Karim dan Zubaidah Aman, 1998).Di sini menunjukkan, suasana dasar perlaksanaan
pendidikan yang meningkatkan beban kerja guru ini amat membimbangkan dan
sekaligus menjadi punca utama kepada masalah stres guru di sekolah.
Punca 2: Ibu bapa
yang tidak menyokong dan memahami guru.
Sebuah
kajian telah dilakukan oleh Tajulashikin Jumahat daripada Institute of
Education, International Islamic University Malaysia pada April 2013 berkaitan
dengan faktor stres dikalangan guru. Responden kajian terdiri daripada guru-guru
dari 14 buah Sekolah Rendah Mubaligh di Kuala Lumpur. Di dalam kajian tersebut
beliau telah menyatakan faktor hubungan guru dengan ibu bapa pelajar yang
saling tidak memahami dilihat merupakan penyebab yang paling kuat kepada gejala
stres.
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP)
juga mendedahkan, setiap hari pihaknya menerima laporan guru disaman oleh ibu
bapa pelajar sehingga menyebabkan mereka berada dalam keadaan trauma dan takut
untuk mengajar. Laporan ini boleh ditemui di portal Utusan Online bertarikh 3
Februari 2005 yang telah disunting olehHata Wahari. (Rujuk Lampiran 2)
Ibu
bapa kebelakangan ini terlalu bersikap prejudis terhadap tindakan guru dan
lebih mempercayai kenyataan anak daripada penjelasan guru disebalik perkara
yang berlaku. Segala permasalahan sepatutnya dibawa dibincang bersama secara
profesional namun sesetengah ibu bapa kini lebih gemar menyalahkan guru secara menyeluruh
dan menghukum di mahkamah. Lebih menyedihkan ada sesetengah ibu bapa juga
sanggup mengambil tindakan fizikal terhadap guru ekoran ketidakpuasan hati
mereka terhadap guru.
Berbeza
pada era tahun 70-an dan 80-an dahulu, para guru sangat dihormati oleh ibu bapa
namun tidak lagi hari ini. Pada suatu ketika dahulu ibu bapa lebih mementingkan
kebajikan guru daripada anak mereka dan sanggup memberi kerjasama kepada guru
didalam usaha mendidik namun semuanya telah berubah sejak kebelakangan ini. Ibu
bapa hari ini lebih cenderung menyalahkan dan memperendahkan guru. Inilah
antara punca mengapa guru hari ini terlibat dengan gejala stres yang tinggi di
sekolah.
Punca 3: Faktor salah
laku pelajar
Kamaruzaman
Kamaruddin dari Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Universiti
Pendidikan Sultan Idris telah membuat kajian tentang tekanan kerja di kalangan
guru sekolah menengah pada 10 Disember 2007 dan mendapati hasil kajian tersebut
juga telah menyokong dapatan kajian Boyle et al. (1995) dimana mendapati faktor
salah laku pelajar adalah faktor penting yang mempengaruhi tekanan kerja guru. Sikap
biadap atau tidak menghormati dan menghargai guru ketika guru sedang mengajar
seperti membuat bising, berbual-bual, tidak membuat latihan yang diberikan
selain keluar kelas tanpa kebenaran guru yang sedang mengajar. Bagi
pelajar-pelajar yang suka ponteng kelas, perkara itu juga telah menyebabkan
tekanan emosi kepada guru tersebut secara tidak langsung kerana tindakan
pelajar yang sebeginilah telah menyebabkan prestasi sesuatu mata pelajaran itu
merosot dan sekaligus memberi suatu tekanan yang lain pula kepada guru-guru di
sekolah.
Lebih
membimbangkan, ada sesetengah murid bersikap berani dengan mengunakan
pendekatan gangsterisme dan seksual terhadap guru. Pelbagai kes salah laku murid
telah berlaku di seluruh Malaysia. Ianya boleh dibuktikan melalui laporan media
seperti berikut (Rujuk Lampiran 3) :
i.
“Ugut Bunuh Cikgu” daripada sumber Berita
Harian
ii.
“15 Pelajar Bantai Guru Displin” daripada
sumber Berita Harian
iii.
“Patah Hidung Ditumbuk Murid” daripada sumber
Harian Metro
iv.
“Cikgu Kena Cekik” daripada sumber Berita
Harian
Laporan
ini hanyalah sebahagian realiti senario tingkah laku murid hari ini. Faktor ini
merupakan penyebab guru menghadapi tekanan di sekolah.
Punca 4: Masalah
Interpersonal di sekolah.
Faktor hubungan interpersonal dalam sekolah juga
merupakan faktor yang menyebabkan berlakunya tekanan dan stress di kalangan
guru-guru. Hubungan interpersonal ini merujuk kepada hubungan guru dengan guru,
guru dengan pengetua, guru dengan pegawai dan jabatan pendidikan, hubungan guru
dengan staf sokongan, hubungan guru dengan pelajar dan hubungan antara guru
dengan ibu bapa, penjaga atau waris pelajar. Perhubungan yang ada kalanya
dingin antara guru-guru dengan personal yang terdapat di sekolah akan
mempengaruhi dan memberikan implikasi yang kurang baik terhadap kualiti kerja
guru-guru tersebut.
Wujudnya jurang
komunikasi di antara guru lama dengan guru baru dan kurangnya rasa hormat
menghormati dalam kalangan guru ketika menjalankan tugas juga akan mengeruhkan
lagi keadaan. Terdapat juga sebilangan guru yang suka mencampuradukkan
urusan peribadi dengan tugas di sekolah yang mana sedikit sebanyak boleh menjejaskan
hubungan dalam kalangan guru-guru.
Dapatan kajian Borg and
Riding (1993) menegaskan faktor-faktor utama yang menyebabkan tekanan kerja
ialah faktor perhubungan antara staf adalah punca utama yang menyebabkan
tekanan kerja guru ialah berpunca daripada hubungan dengan staf yang
diklasifikasikan sebagai hubungan interpersonal di antara staf.
Punca 5 : Kekurangan masa
dan sumber kemudahan asas.
Laughlin (1984) yang mendapati bahawa tekanan masa dan
kekangan sumber merupakan penyumbang utama kepada tekanan kerja guru.
Masalah kekurangan sumber asas pembelajaran seperti bilik
darjah, makmal komputer, komputer dan perisiannya sering terjadi pada guru yang
berkhimat dikawasan pendalaman. Kekurangan sumber seperti ini akan membantutkan
perjalanan pengajaran dan menjejaskan kualiti pengajaran guru secara tidak
langsung. Perkara ini sedikit sebanyak akan menimbulkan tekanan kepada para
guru kerana menghadapi kesukaran untuk menjalankan rutin tnggungjawab harian
mereka dengan sempurna. Perkara seperti ini mungkin dapat ditoleransi guru
diperingkat awal namun sekiranya ianya berkekalan selama puluhan tahun,
semestinya guru akan merasa tertekan dan rungsing.
Faktor kekangan masa pula juga mempengaruhi
kadar tekanan guru, contohnya, pihak sekolah mengadakan ujian bulanan yang
terlalu kerap telah menyebabkan guru-guru tidak berkesempatan untuk
menghabiskan sukatan pelajaran kerana masa yang terlalu singkat. Di samping
itu, guru itu juga harus memeriksa kertas jawapan pelajar dan membuat analisis
keputusan ujian tersebut. Semua perkara
tersebut membuatkan masa guru semakin banyak digunakan untuk urusan
kerja. Lebihan peruntukkan masa untuk bekerja bermakna pengurangan peruntukkan
masa untuk urusan peribadi mahupun keluarga. Para guru terkejar-kejar dengan
komitmen di sekolah sehingga terlepas kepada tanggungjawab peribadi yang lain
ini. Perkara ini menyebabkan stres dikalangan guru. Laporan media seperti
dibawah membuktikan realiti senario tersebut. (Rujuk Lampiran 4)
1. “Guru, Pelajar kepenatan” daripada sumber Harian Metro.
2. “Guru tiada masa untuk keluarga” daripada sumber Harian
Metro
Laporan tersebut merupakan hanyalah secebis bahagian
sahaja. Terdapat banyak lagi laporan media yang boleh ditemui berkaitan perkara
ini.
Begitulah antara faktor atau punca berlakunya masalah
stres dikalangan guru. Para guru perlu bijak mengurus tekanan kerja yang
dihadapi, sekiranya tidak ianya akan mengundang banyak musibah kepada guru
tersebut dan juga kepada pihak lain.
Langkah Mengatasi
Oleh yang demikian, satu langkah perlu diambil untuk
membendung perkara ini daripada terus berleluasa. Wujud beberapa pendekatan yang
boleh diamalkan bagi mengurangi tekanan mental ini. Antara langkah
mengatasinya adalah seperti makan makanan seimbang setiap hari, bersenam atau
riadah secara kerap, membina hobi yang boleh mendatangkan ketenangan, merangka
matlamat yang realistik di dalam hidup, berpandangan positif , menerima
kelebihan dan kelemahan diri sendiri, bersedia berkongsi masalah dengan orang
lain yang boleh dipercayai, mengamalkan teknik relaksasi otot secara progresif
atau meditasi. Misalnya apabila merasa tertekan, perlahankan tarikan dan
keluaran nafas anda untuk beberapa minit. Dan yang terakhir adalah dapatkan
bantuan profesional sekiranya tekanan mental yang dihadapi berpanjangan atau
sukar diatasi.
Kesimpulan
Secara umumnya, stres atau tekanan mental ini boleh berlaku
kepada semua individu. Stres perlu diuruskan dengan baik supaya tidak menggangu
kesihatan mental mahupun fizikal individu terutamanya guru. Keadaan guru yang
stres secara tidak langsung memberi impak yang negatif kepada pengajaran dan
muridnya.
Para guru perlu sentiasa bersikap proaktif didalam
perlaksanaan kerja supaya dapat menghindarkan diri daripada sebarang tekanan. Walaubagaimanapun,
isu
stres kerja guru perlu diberi perhatian yang serius oleh semua pihak seperti
pihak sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia
sebelum ia merebak dan menjadi sinonim dengan profesion keguruan.
Kementerian Pelajaran Malaysia boleh megambil anisiatif bagi
membantu guru di dalam isu ini dengan mewujudkan pembantu guru disekolah bagi
tujuan pentabiran dan perkeranian, walaupun ianya melibatkan belanjawan yang
besar namun ianya berbaloi dengan hasil yang didapati. Perkara ini telah
dicadangkan sendiri oleh bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abdul Rahman
Arshad pada 2 Februari 2010 di sidang media Berita Harian (Rujuk Lampiran 5).
Pihak KPM juga boleh merancang sebuah kursus pengurusan stres kepada guru- guru
disekolah.
Semoga
peratusan stres di kalangan guru dapat dikurangkan dari masa kesemasa. Guru yang
mana merupakan perintis melahirkan modal insan Negara perlu tabah menghadapi
cabaran yang mendatang. Sesungguhnya, kualiti pengajaran yang baik adalah
datangnya dari guru yang sihat dan bebas
dari stres.
Rujukan
Afzhan
Kasiman.(2014). Ramai Guru Sakit Jiwa.
Kosmo. Dimuat turun pada 2 Ogos, 2014, dari www.kosmo.com
Azizi
Yahya, Jamaludin Ramli, Mazeni Ismail.(2010). Stress Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah Di Empat Buah
Negeri Di Malaysia. Asia Pasific Journal Of Educators And Education, vol
25, pp103-136.
Borg,
M.G. And Riding, R.J.(1993). Teacher
Stress And Cognitif Style. British
Journal of Educational Psychology.
Faridah
Karim dan Zubaidah Aman. (1998). Implikasi
Burnout Di Kalangan Guru Terhadap Sistem Pendidikan. Prosiding Seminar Isu-Isu Pendidikan Negara.
November 26 – 27. Malaysia: Universiti Kebangsaan Malaysia, 317-333
Faridah Karim
Dan Zubaidah Aman (1999). Peramal Burnout
Di Kalangan Guru, Faktor Latar Belakang, Tekanan Di Peringkat Organisasi Dan
Sokongan Sosial. Jurnal Pendidikan. (4): 13-23.
Gold,
Y. Dan Roth, R. A. (1993). Teachers Managing Stress And Preventing
Burnout - The Professional Health Solution. London: The Falmer Press.
Hata Wahari. (2005). Setiap
Hari Guru Disaman -- Sehingga Menyebabkan Mereka Berada Dalam Trauma, Takut
Untuk Mengajar .Utusan Online. Dimuat turun pada 2 Ogos, 2014, dari http://www.utusan.com.my/utusan
Kamarulzaman Kamarudin.(2007). Tekanan Kerja di Kalangan Guru Sekolah
Menengah. Jurnal Kemanusian Bil 10. Fakulti Sains Kognitif &
Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Kyriacou, C. And
Sutcliffe, J. (1978). teacher Stress.
Prevalence Sources, And Symptoms. British Journal Of Educational
Psychology. 48: 259-167
Tajulashikin Jumahat. (2013). Faktor-Faktor Penentu Stres Dalam
Kalangan Guru: Sekolah Rendah Mubaligh Kuala Lumpur. Jurnal Kurikulum
Pengajaran Asia Pasifik. Institute of Education, International Islamic
University Malaysia.
.
Lampiran
Lampiran
1 : Keratan akhbar berkaitan tekanan guru terhadap Dasar Pendidikan Negara.
Kosmo
pada 9 Februari 2014
Berita
Harian pada 2 April 2010
Berita Harian pada 9 Mac 2012
Lampiran 2 : Keratan akhbar berkaitan
ibu bapa yang tidak menyokong dan memahami guru
Lampiran 5
1 comments
Top 10 Casino Sites in Michigan - MapYRO
ReplyDeleteFind your favorite casino games near you. 아산 출장샵 Michigan, 동두천 출장안마 Michigan, NJ & PA. 군산 출장마사지 Top Casino Sites 논산 출장마사지 for Casino Games - 2021. Find your favorite games in 김해 출장안마 our